PROFILE SEKOLAH
الملف الشخصي للمدرسة
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Kota Putera bermula pada 1 Januari 2019 dan pendaftaran diadakan di Dewan Bentara, Sekolah Menengah Agama Maarif pada 26 Disember 2018. Penempatan sementara di SMA Maarif, Bilik Darjah Kelas 1 Abu Bakar dan 1 Umar Al-Khattab di Blok E (Aras bawah) dan Pejabat dan Bilik Guru di Blok D (Aras bawah).
Kemudian, SRIDI Kota Putera berpindah ke bangunan baru di Asrama Aspura SMA Maarif berhadapan dengan SMA Maarif pada 17 Julai 2019 (Selasa). Terdapat 6 buah Bilik Darjah, 1 Bilik Guru, 1 Pejabat, 1 Stor dan 1 kelas digunakan untuk Surau sementara. Seterusnya, terdapat Kantin berkongsi Dewan makan Pelajar Aspura SMA Maarif.
Perasmian Bangunan Sekolah Baharu dan Solat Hajat dirasmikan oleh YB Nurkhuzaini bin Mohd Ab. Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Penjaja Negeri Terengganu) pada 8 Ogos 2019 (Khamis malam Jumaat) di perkarangan SRIDI KOTA PUTERA.
Kini, Sekolah Rendah Islam Darul Iman Kota Putera menyambung legasi pendidikan di bangunan baru iaitu di tapak lama Imtiyaz Besut bermula pada Tahun 2021.
LENCANA SEKOLAH
MOTO
BERILMU BERIMAN BERAKHLAK
VISI
KE ARAH PEMBENTUKAN GENERASI RABBANI
DAN AKADEMIK BERKUALITI.
MISI
MELAHIRKAN GENERASI YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN AGAMA DAN AKADEMIK SEJATI SERTA JATI DIRI ISLAM YANG TINGGI.